Isnin, 5 Januari 2009

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."


Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.


Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.


Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.


Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Tazkirah 10 Muharam


Alhamdulillah kita masih berada dalam bulan Muharam ketika ini. Banyak perkara yang berlaku dalam bulan ini berkaitan dengan peristiwa yang berlaku sendiri pada para-para nabi .

Tidak lama lagi penantian demi penantian telah tiba dan muslimin dan muslimat menanti hari yang dinantikan iaitu Hari Asyura.

Tiada yang lebih istimewa pada hari Asyura melainkan puasanya yang penuh dengan hikmah dan fadhilatnya.Riwayat daripada Abu Qatadah Al-Ansari maksudnya "Dan ditanya Rasulullah s.a.w mengenai hari Asyura? Baginda menjawab"Ia menebus dosa setahun yang lalu"

Puasa hari Asyura hanya pada hari kesepuluh bulan Muharam.Tidaklah wajib dan barang siapa yang inginkan atau rindukan akan pahalanya maka lakukan lah ia dengan hati yang ikhlas.

Ada kisah yang berlaku ketika berlakunya puasa tersebut iaitu Ibnu Abbas r.a berkata:"Tatkala Rasulullah sampai ke Madinah,baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Baginda bersabda "Apakah ini?"Orang Yahudi menjawab:Hari yang baik ini dimana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka,maka Musa berpuasa pada hari itu."

Nabi berdabda"aku lebih baik dan berhak dengan Musa daripada kamu."Lalu baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa"(Riwayat Bukhari)

Itulah bermulanya sejarah dan perintah dari baginda agar kita berpuasa.

Albaihaqi meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: Puasalah tanggal sembilan dan sepuluh (Muharram), dan jangan meniru orang-orang Yahudi.

Seorang murid mimpi bertemu dgn gurunya yg telah mati, maka ia bertanya : Bagaimanakah keadaannya? Jawab gurunya : Tuhan telah
mengampunkan bagiku dosa enam puluh tahun kerana puasa Asyuraa.

Alyafi'i dan Annasyiri dalam Kitab Idhah menerangkan, yg istimewa dalam riwayat Asyuraa ini, yaitu hari yg juga dipuasakan oleh
binatang-binatang buas dan serangga.

Fatah bin Syukhruf berkata: Saya biasa menghamburkan potongan-potongan roti yg kecil-kecil untuk semut pada tiap hari, dan bila tepat hari Asyuraa
roti itu tidak dimakan.

Alhamdulilah Demi memperkuatkan maksud Asyura kita sampaikan dan amalkan

Perbandingan kita dengan Yahudi memang jelas dan nyata .Dan Rasulullah telah menegaskan bahawa Aku yakni (Islam) lebih berhak berpuasa daripada kaum Yahudi.

Ini kerana Kaum Yahudi menganggapnya sebahagian hari raya dan mereka namakan hari raya Fashah.Telah disyariatkan kepada kita berpuasa pada
hari sebelum iaitu puasa hari 9 dan 10.Puasa pada hari 10 saja hukumnya makruh.

Dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata "Saya tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w mengutamakan puasa pada hari tertentu daripada hari yang lain kecuali hari (Asyura)dan bulan adalah (Ramadhan). Mengikutkan peristiwa yang berlaku hari ini menurut kata Syeikh Abdullah bin Jibrain berkata :Adapun yang dilakukan oleh orang Rafidhoh(syiah) pada hari Asyura dengan merayakan cara yang menyakiti diri,mencakar muka dan mengkoyak-koyakkan baju ini adalah perbuatan bid`ah .Bertentangan dengan cara sunnah sebenarnya. Wallahu` alam.

Dihari kita menyambut Asyura ini sampaikan pada ahli keluarga dan sahabat kita dan tak lupa juga salawat dan salam kita pada junjungan nabi kita Rasulullah s.a.w serta para sahabat .

Ulama kita dari Ahlil Sunnah wal Jemaah telah menonjolkan beberapa riwayat yg bersangkutan dgn hari Asyura Muharram. Ada drpadanya dari Hadith dan ada dari "research" Ulama (research sampai ke Injil, aurat dan Zabur sekali):
* Nabi Adam dan Ibu Hawa diberi pengampunan setelah kian lama dibuang dari Syurga

* Nabi Idiris diangkat martabatnya (dlm Quran) dan di"letak" dalam Syurga

* Nabi Nuh dan kaumnya "safe landing" setelah Bah Besar---ada riwayat memasak sejenis "bubur" yg mengandungi kacang² dan biji²an

* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada Api Si Raja Namrud. (cerita dlm Quran)

* Nabi Yusuf diselmatkan daripada perigi buta (yg ini saya kurang pasti [dzon] buat sementara ini)

* Nabi Ya'akub mendapat penglihatan setelah menjadi buta kerana mengangis disangka anaknya Nabi Yusuf di bunuh binatang buas

* Nabi Isa diangkat ke langit

* Nabi Sulaiman diangkat darjatnya dan dianugerahkan Kerajaan
Sebesar²-besarnya --- Langit, Bumi dan Haiwan

* RASULULLAH SAW DIWAHYUKAN AYAT BERIKUT PADA HARI ASYURA MUHARRAM
: "Yang dengannya Allah mengampuni dosa dosamu yang lalu, dan juga dosa dosa yang akan datang, dan menyempurnakan rahmatNya keatasmu, dan
membimbingmu kejalan yang lurus." Surah Al Fath (48:02)

* wafatnya Saiyidina Hussien di perang Karbala

Disebutkan juga bahawa hujan yg pertama sekali turun di dunia adalah pada Hari Asyura. Dan ada riwayat yg mengatakan hari Kiamat akan
berlaku pada Hari Asyura (yg berjatuh pada hari Jumaat)

KetahuilahNabi Yunus juga keluar drpd perut ikan Nun(mungkin whale) pada Hari Asyura.
********Nabi Yunus berzikir (bertasbih) hari² walaupun dalam segelap-gelapnya malam, segelap-gelapnya dalam dasar laut,
segelap-gelapnya dalam perut ikan Inilah yg menjadi salah satu dalil bagi ahli sufi yg berzikir dlm gelap

Rabu, 5 November 2008

Saya tak beri laluan – Glock

AO PAULO, Brazil – Timo Glock (gambar) menafikan dia membenarkan Lewis Hamilton melepasinya dalam pusingan terakhir Grand Prix Brazil Formula Satu (F1), Ahad lalu dan menegaskan dia tetap berlumba sepantas yang boleh.

Glock yang memandu Toyota dipintas oleh Hamilton yang memandu McLaren pada selekoh terakhir perlumbaan itu untuk membolehkan pemandu Britain itu menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan muncul juara termuda F1 pada usia 23 tahun.

Glock merupakan satu-satunya pelumba di depan yang tidak mengubah ke tayar pertengahan selepas hujan membasahkan litar pada penghujung perlumbaan di Interlagos dan kehilangan kelajuan apabila keadaan litar bertambah buruk.

Hamilton ketika itu di tangga keenam apabila dia mendekati kereta Glock di selekoh terakhir dalam perlumbaan 71 pusingan dan dengan mudah memintasnya.

“Pusingan terakhir merupakan salah satu pusingan paling getir pernah saya harungi dalam F1 kerana tiada cengkaman langsung dan dengan tayar kering, ia hampir mustahil untuk mengekalkan kereta di litar,” kata Glock.

“Saya benar-benar memandu deras untuk mengekalkan tempat keempat dan jika anda lihat masa pusingan, saya sebenarnya lebih pantas daripada (rakan sepasukan Jarno Trulli) pada pusingan terakhir dan hanya dia satu-satunya pemandu kereta dengan tayar kering pada peringkat itu,” katanya.

Sebastian Vettel dari Toro Rosso berada di depan Hamilton juga memintas Glock.

Pemandu Jerman itu mempertahankan keputusan pasukan untuk kekal menggunakan tayar kering biarpun hujan.

“Kami berada tempat ketujuh sebelum hujan dan kami mungkin berkesudahan lebih baik di sana jika ia kering sepenuhnya. Sebaliknya, kami berkesudahan keenam jadi ia menunjukkan strategi itu tepat,” kata Glock.

Selepas Hamilton menduduki tempat kelima, pelumba pilihan tuan rumah, Felipe Massa kehilangan peluang untuk muncul juara F1 pertama dari Brazil sejak Ayrton Senna pada 1991.

Massa memenangi perlumbaan itu tetapi memerlukan Hamilton menduduki tempat keenam atau lebih bawah untuk memenangi gelaran.

“Saya tidak tahu pun bahawa Lewis berada di belakang saya. Saya juga tidak tahu bahawa Lewis telah memintas saya sehingga selepas perlumbaan. Saya dipintas oleh tiga atau empat kereta pada pusingan terakhir dan ia tidak mudah mengesan apa yang berlaku,” kata Glock.

Selepas perlumbaan, Glock diejek oleh beberapa peminat Brazil yang menyangka dia memperlahankan pemanduan dengan sengaja malah kebanyakan mereka kerap melaungkan kepadanya, “Berapa harganya? Berapa harganya?”

Dalam musim pertama dengan Toyota, Glock menduduki tempat ke-10 dalam kedudukan pemandu dengan 25 mata.

Pencapaian terbaiknya ialah tempat kedua di Grand Prix Hungary, Ogos lalu.

Rakan sepasukan Jarno Trulli menamatkan musim dengan 31 mata di tempat kesembilan.

– AP

PM harap Obama bawa perubahan positif situasi negara teluk

KUALA LUMPUR 5 Nov. — Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengucapkan tahniah kepada Barack Obama atas pemilihan beliau sebagai presiden Amerika Syarikat, dan berkata beliau patut memberikan perhatian segera untuk menyelesaikan isu untuk membawa perubahan positif terhadap situasi di Iraq, Afghanistan, Iran dan Palestin.

“Semua ini adalah isu penting yang telah bersama kita untuk tempoh yang begitu lama dan kita lihat seolah-olah tiada sebarang penyelesaian langsung.

Saya yakin presiden AS mempunyai pengaruh besar dan saya berharap Obama akan menggunakan pengaruh positif ini untuk memastikan isu ini diselesaikan secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen hari ini.

Obama, 47, senator parti Demokrat dari Illinois, menewaskan lawannya dari parti Republikan, Senator John McCain dari Arizona, untuk menjadi presiden ke-44 Amerika Syarikat hari ini.

Abdullah berkata beliau pasti Obama akan mendapat sokongan masyarakat global yang sememangnya sentiasa menunggu isu itu diselesaikan sepenuhnya.

“Saya tahu ianya sukar untuk dilakukan tetapi saya fikir usaha baik akan dilakukan oleh Obama,” katanya dan menambah beliau berharap Obama juga akan menangani masalah daripada segi sikap dan pendekatan terhadap usaha menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi dunia sekarang.

Abdullah berkata masyarakat dunia juga berharap Obama, presiden warga Amerika berketurunan Afrika pertama Amerika Syarikat, akan bersikap adil dalam berurusan dengan pelbagai kumpulan termasuk orang Islam dan dunia Islam.

“Saya fikir ini amat penting. Saya pasti beliau tidak mahu bersikap berat sebelah kerana ini akan memberikan imej yang negatif terhadap beliau dan tidak akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dunia sekarang. Mereka yang terlibat dalam mengusahakan perdamaian perlu bersikap adil dan tidak hanya menyokong satu pihak,” katanya.

Abdullah berkata beliau juga berharap Obama akan membawa perubahan positif dalam hal ehwal dunia kerana Amerika Syarikat mempunyai pengaruh besar dalam isu antarabangsa dan tatalaku hubungan antarabangsa.

Mengenai hubungan dua hala, Abdullah berkata beliau mengharapkan era baru bagi hubungan yang lebih mesra antara Malaysia dan Amerika Syarikat kerana Amerika Syarikat penting kepada Malaysia daripada banyak aspek.

“Tetapi juga menjadi harapan kita yang hubungan sedia ada dikekalkan dengan asas saling menghormati antara negara berdaulat dan semua aspek berkaitan hubungan ditingkatkan lagi demi faedah bersama.

Ketika ditanya sama ada Malaysia akan turut melahirkan pemimpin negara tanpa mengira kaum seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, Abdullah berkata ia boleh terjadi di mana-mana sahaja.

“Ia bergantung kepada rakyat yang akan menentukannya. Apa yang berlaku di Amerika Syarikat bukan ditentukan oleh Washington atau mana-mana kumpulan tetapi ditentukan rakyat Amerika sendiri dengan membuat pemilihan mengikut proses demokrasi dan amalan pemilihan yang telah wujud di Amerika dengan begitu lama,” katanya.

— BERNAMA